everything is 'ESS'


speechless.
tiredness.
loneliness.
heartless.




masih ada waktu (part I)

CERPEN RINGKAS.



pada satu tahun, aku mula mengenali seorang lelaki, diperkenalkan oleh kawan sekelasku. Ketika itu aku di tingkatan 5. Memang ketika itu aku tengah sunyi dan hatiku dilukai oleh seseorang insan. Cehhh! Cinta monyet katakan.

“Woi! Kau tak ada ke kawan yang handsome-handsome?” soalku kepada Akram. Aku cuba bergurau.

“Kalau ada, kau nak ke? handsome.” Jawab Akram serius.

“Yeke handsome? Boleh je.” Jawabku sambil tersengih nakal.

“Tapi dia ni jenis playboy sikitlah. Hmm, macam sesuai je dengan kau.” akram tersenyum. Aku tahu maksudnya apa.

“Banyaklah kau.” Jawabku seraya menumbuk kecil ke bahu Akram.

“Aku bagi nombor kau dekat dia, okay?” soal Akram meminta kebenaran daripada aku. Aku berikir sekejap.

“Bagi jelah.”

Beberapa hari kemudian, ada nombor tidak dikenali masuk. Aku teragak-agak untuk mengangkat. Entah siapa di talian

“Siapalah call malam-malam macam ni.” Desis hatiku. Tiba-tiba, aku teringat akan kawan Akram.

‘Mungkin dia!’ agak hatiku. Lalu, aku mengangkat panggilannya.

“Hello.” Ucapku perlahan.

“Hello.” Sahut satu suara ditalian. Suara lelaki.

“Ya. Erm… Siapa ni?” tanyaku lambat-lambat.

“Kawan Akram.” Jawabnya ringkas. Sah, betul jangkaan aku!

“Oh, Erry.” Ujarku perlahan.

Sejak malam tu, kami berkawan. Semakin hari, semakin rapat. Hinggalah suatu hari dia meluahkan isi hatinya.

“Couple jom?”  itulah kata-kata permulaannya mengajakku bercinta. Biasalah masih budak-budak ketika itu. Hatiku menjerit keriangan. teruja kononnya.
“Bagi saya masa 3 jam?” aku berlagak mahal. Padahal dalam hati rasa gembira je.
“Okay.” jawabnya.

3 jam berlalu …
“Baiklah. Saya sudi.” Jawabku cool. ‘Poyonya minah ni. Ha..ha..haa..’ hatiku ketawa, geli hati dengan tingkah laku sendiri.
“Okay. Baiklah. Mulai hari ni awak girlfriend saya, dan saya boyfriend awak, okay?” ujarnya.
Alamak! Apasal bengapnya lelaki ni. Dah couple, memang sah-sah lah aku girlfriend dia.
“Iya. Semestinya.” Jawabku bersungguh-sungguh.
Bermula malam tu, kami bercinta. Tapi aku tidak pernah tahu tarikhnya bila. Aku lupa. Sayangnya …

*******************

“Weh, Akram! Aku dah couple dengan Ery.” Ujarku dengan perasaan gembira.

“Yeke? Eloklah. Tapi dia tu jenis ‘paly-play’ sikit. Kau jangan sayang sangat.” Pesan Akram. Aku terdiam.

“Oh, Don’t worry, okay? Eh by the way, ciri-ciri dia macam mana eh?” aku memejam mata sambil tersenyum, cuba membayangkan wajahnya.

“Si Ery tu handsome orangnya. Putih, hidung mancung, mulut warna merah jambu gitu. Alaa.. macam iras Arab senang cerita.” Akram menggayakan ciri-ciri kawannya itu.

“Wow! Handsome lah kan?” aku tersengih.

“Ya. Tapi…..”

“Tapi apa??” aku memotong ayat Akram.

“Tapi dia pendek lah. Ha..ha..haa..” Akram melepaskan tawa.

“Pendek sangat ke?” soalku tidak puas hati.

“Tak adalah pendek sangat. Kau kan suka lelaki tinggi lampai. so dia tak ada macam ciri-ciri idaman kau tu. sesuailah dengan kau. kau bukannya tinggi pun, kan.”

*********************

Sesampainya dirumah, aku mesti mesejnya terlebih dahulu. Sebenarnya satu hal aku tak suka dengan perangainya, dia malas pergi sekolah. Akram sudah maklum bahawa dia memang orang ‘sedap’ sedikit. Memang orang kaya selalunya malas ke sekolah ke?? Tiba-tiba handphone berdering.

“Hello, Yie.” Ucapku ditalian.

“Dah balik sekolah ke?” Tanyanya.

“Dah.”

“Kenapa lewat sangat balik? Pergi mana??” soanya dengan nada tegas sedikit.

“Aik? Baru pukul 3. Rileklah, saya ada kelas tambahan. Pastu lepak-lepak dulu dengan kawan.” Jawabku memberitahu kebenaran.

“Yeke? Mana tahu kot-kot pergi mengorat. Lepak? Saya tak suka awak melepak. Awak tu perempuan.” Nasihatnya tapi sedikit tidak menyenangkan aku.

“Maksud saya melepak tu, duduk berbual dengan kawanlah. Apalah awak ni.” Ujarku menafikan kata-kata Ery sebentar tadi.

“Okay. Jangan sampai tertangkap dengan orang saya ya.” Pesannya. Kali ini berbau amaran. Lorh?? Orang saya?? Maksud ??

“Orang awak? Siapa?” ajuku ingin mengetahui siapa ‘orang saya’ dimaksudkannya.

“Tiada apa-apa. So take care and carefully. Oh lupa, bila agaknya kita boleh berjumpa? Awak datang sini boleh?” soalan itulah aku paling takut didengar.

“ Emmm.. bila-bila sahaja. Saya datang sana? Payahlah. Macam nie lah. Kita jumpa nanti raya puasa, okay?” aku cuba memberi cadangan. Raya puasa tidak lama lagi. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi.

“Okay. Tak apalah, saya ada kerja ni. Bye. Love you sayang.”  Ujarnya sebelum mengakhrii perbualannya.

“Love you too Eyie.” Aku menekan butang End Call. Dalam fikiranku ada sesuatu yang aku fikirkan. Siapa ‘orang saya’ yang dimaksudnya itu? Takkan spy kot? Ah, tak sukalah macam ni!

*********************

Hari ini hari raya pertama Puasa 2010, maka hari ni hari pertama aku bertemu mata dan bersua muka dengannya. Hatiku berdebar-debar. Aku mengajak sepupuku, Alisya untuk menemaniku. Aku lihat sebuah Perdana v6 berwarna kuning parking di tepi jalan. Aku meniliki nombor kereta tersebut. Sah, keretanya! Aku menuju ke kereta tersebut, tapi tiada orang didalam. Tiba-tiba, keluar seorang lelaki dari sebuah kedai didepan. Orangnya putih, berhidung mancung, ada iras-oras mat Arab. Yes, itu Ahmad Suhairy! Dia berjalan kea rah kereta. Bibirnya tersenyum ke arahku.

“Masuklah.” Pelawanya.

“Ya.” Aku tersenyum malu-malu kucing.

Didalam kereta, aku tidak tahu apa perlu aku buat. aku malu sebenarnya. Bercinta sudah berbulan-bulan, tapi ini pertama kali baru jumpa. Memang nervous lah kan!

“Ini sepupu saya, Alisya.” Aku perkenal sepupuku kepadanya, sekadar modal percakapan. Sepupu yang duduk dibelakang hanya tersengih. Dan Erry mengangguk dan tersenyum tanda sambut perkenalan.

“Dari mana lagi?” soalnya. Matanya melihat kearahku.

“Raya rumah kawan.” Jawabku. Ringkas. ‘Dia pandang aku lah. Malunya!! Rileks okey rileks.’ Teriak hatiku. cuba menenangkan diri aku sendiri. Tiba-tiba tangannya cuba memegang tanganku. Automatik aku alihkan tangan, seperti ada magnet yang menarik. Dia terkejut.

“Er. Sorry!” ujarku. Sesungguhnya aku betu-betul terkejut dengan tindakan Ery. Aku sebenarnya tidak berapa selasa dengan perbuatannya.

“Em. Poyolah dia ni.” Katanya. Sedikit buat hatiku sebal. Aku hanya menjeling. Malas nak melayan dengan kerenahnya.

Dia menghantarku ditepi jalan rumahku sahaja. Aku cuba menjemputnya datang rumah, tapi ditolaknya. Katanya, dia malu.

Malam itu, seperti biasa kami bergayut.

“Awak masih dara ke??” tiba-tiba keluar satu soalan dari mulutnya membuat aku tersentak lagi tersentap. Persoalan apakah ini???

“Apa maksud awak??” hatiku sedikti panas.

“Tak adalah. Perempuan sekarang ramai je yang dah kena tebuk. Payah kot nak jumpa perempuan yang betul-betul suci.” Ujarnya. Aku terdiam. Betulnya juga kata-katanya, tapi perlu ke soalan tu dia ujarkan kepadaku?

“Memang. Tapi sebenarnya ada je. Cuma awak je yang tak pernah jumpa.” Balasku balik. Dia hanya ketawa. Aku terkedu. Sakit pulak hati nie.

“By the way, awak pernah ke?? Ikhlas please.” Sambungku lagi. Kali ini aku menanyakan soalan yang agak pedas. Hatiku tidak sabar ingin mengetahui jawapan daripadanya.

“Hmm. Ikhlas. Saya pernah.” Jawabnya perlahan. Mukaku mula panas-panas suam.

“Berapa kali?” tanyaku selamba. Aku cuba menenangkan diri.

“beberapa kali. Sudah ramai. Malah dengan wanita bukan islam pun pernah. ” ujarnya. Suaranya mendatar.  Kata-katanya cukup buat darahku naik. Sabarlah wahai hati.

“Awak tahu tak? Ini kali pertama saya bercinta dengan wanita yang pakai tudung. Selalunya saya jumpa dengan wanita yang ‘terbuka’ dan  ‘mudah’ memberi. Sebab tu saya tak percaya mana wanita sekarang masih ada dara.” Aku terkedu dengan kata-katanya
.
“Tapi tidak semua sama. Ada, pasti ada.” Ujarku perlahan-lahan.

‘Habis kau ingat aku macam tu ke? I am still virgin okay!!’ jerit hatiku.

*********************

Disekolah, aku semakin hairan. Selalunya ramai pelajar lelaki yang mengusik aku. Disebabkan aku ni seorang yang tidak bergaul sangat dengan lelaki, kecuali kawan kelas, aku dicop sombong, perasan lawa dan bajet semua. Ada jugak sesetengah yang mulut celupar mengata bukan-bukan. Dulu, aku pergi mana-mana dalam kawasan sekolah mesti ada mulut-mulut yang kedengaran busuk. Kadang-kadang sampai aku menangis sebab tak tahan dengan mereka. Sumpah seksa sangat berada dekat sekolah tu! Tapi disebabkan ingin belajar, aku buang semua tu. Tapi hairan, kenapa sekarang berubah. Tidak ada lagi yang mengacau aku. Malah, mereka macam buat baik-baik dengan aku. Ada satu hari tu, aku lalu didepan kelas budak-budak lelaki yang tidka puas hati dengan aku.

“Woi budak sombong! Perasan lawa!” terdengar satu suara sumbang dari dalam kelas tersebut. Aku berpaling.

“Kau jangan woi! Kau nak mati ke. Tu awek Si Erry tu.” Satu suara lagi menyampuk. Aku tersentak. Langkahku mati disitu juga. What?? Macam mana dia tahu? Siapa Erry sebenarnya? Siapa mereka?? Aku tak faham. Tak faham !

Pulang dari sekolah, aku cuba menghubungi Erry dengan menggunakan public phone.
“Hello, Eyie. Saya ni.” ucapku.

“Hello. Ya, kenapa call ni? Ada apa-apa kat sana?”

“Tak. Hmm. Tak ada apa-apalah, saja call.” Jawabku. Aku pun tidak tahu kenapa aku gatal tangan menghubunginya.

“Awak nak suruh saya datang ambil kat sekolah ke? Tapi kereta saya tenagh servis. Kereta Skyline ada, abang punya.”

“Eh, tak payahlah. Malu saya kalau kawan saya tengok. Nanti ada pula yang mengata.” Awal-awal lagi aku tolak permintaannya untuk mengambilku.

“Malu? Yeke? Selalunya perempuan sengaja nak menunjuk depan kawan-kawan kalau naik kereta mewah. Ha..haa..haa..” dia melepaskan tawa dihujung talian.

“itu perempuan lain, saya lain. Ishh. Dahlah. Sakit hati pulak. Okaylah, bye.” Aku meletakkan gagang phone. Kenapa samakan aku dengan perempuan lain? Hati mula sebal dengan sikapnya.

************************

Masih aku ingat satu malam yang paling meluluhkan hatiku.

“Saya ada nak bagitahu awak something ni. Benda penting.” Kata-kata Erry membuat hatiku runsing. What’s matter?

“Ya.” Hatiku bertambah gugup.

“Sebenarnya….. Emmm. Sebenarnya … “ suaranya terketar-ketar. aku semkain gelabah.
“Apa?” aku cuba memintas. Tidak sabar rasanya ingin tahu walaupun hati gabra.

“Sebenarnya saya tauke kuda!” ujarnya laju. aku terpempang dengan kata-katanya. Dada ku berombak, darah mula naik ke muka. WHAT?!!!! Tauke kuda? Kata-katanya cukup menghiris hatiku. Jadi selama ni aku bercinta dengan tauke kuda??? Ah TIDAK !!!!!!

Bersambung ..........................